Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 07 October 2017 22:54

IKTBN CHEMBONG SERTAI PROGRAM LADIES IN ACTION 2017 DI KOLEJ KOMUNITI REMBAU

Written by
Rate this item
(1 Vote)

PEDAS, 7 OKTOBER 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai Program Ladies In Action 2017 yang berlangsung di Kolej Komuniti Rembau, Pedas, Negeri Sembilan.

Pelbagai agensi dan pusat kemahiran telah menyertai pameran ini termasuklah IKTBN Chembong. Seawal jam 8.00 pagi Jawatankuasa Pameran dan Promosi IKTBN Chembong yang terdiri daripada 4 orang pegawai iaitu Encik Rohizad Bin Abd Rahman, Encik Jizan Bin Abdul Majid, Hjh Kamsiah Binti Rahmat dan Cik Norina Arni Bt Ahmad Sobri telah membuka ‘booth’ pameran. Melalui pameran yang diadakan, pelajar-pelajar dapat diberi memberi maklumat yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan.

Selain itu, para pelajar dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pengunjung untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka.

Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pengunjung yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

1

 

2

 

 

Read 7243 times
 
Find us on Facebook
Follow Us