Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 05 January 2016 16:41

HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1/2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat

Foto : Encik S. Rosli Bin Hassan

HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1/2016

Bandar Penawar, 5 Januari 2016 – Seramai 59 orang pelajar baru telah hadir mendaftar diri bagi sesi kali ini. Ini adalah pengambilan ke-10 IKBN Bandar Penawar sejak dibuka pada tahun 2010. Seramai 9 orang pelajar dari Jurusan Perkhidmatan Kaunter Hadapan, 19 orang daripada Jurusan Penyediaan Makanan, 17 orang mengambil Jurusan Penyediaan Pastri, 9 orang daripada Jurusan Penyeliaan Makanan & Minuman dan 5 orang mengambil Jurusan Pengemasan Hotel.


Semua pendaftaran dibuat di Dewan Serbaguna termasuklah pendaftaran asrama. Sesi pendaftaran berjalan lancar dan teratur. Selesai sesi pendaftaran, jam 11.00 pagi satu sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Taklimat ringkas ini berkenaan peraturan dan panduan bagi pelajar baru juga ibu bapa dan penjaga. Encik Lim Chow Kiat juga ada menyentuh berkenaan aktiviti sepanjang semesta yang wajib disertai oleh semua pelajar IKBN Bandar Penawar.


Selesai sesi taklimat acara diteruskan dengan Majlis Perasmian Hari Pendaftaran Pelajar Sesi 1/2016. Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Bangsa Johor, Negaraku dan lagu Dari Belia untuk Belia, diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Junaidi Bin Samsudeen. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Encik Shaidon Bin Borham selaku Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan.


Selesai perasmian acara diteruskan dengan bacaan Ikrar Pelajar oleh wakil pelajar adik Izwan Bin Izzudin bagi mewakili semua pelajar baru IKBN Bandar Penawar. Manakala wakil Ibubapa penjaga, Encik Azada Bin Abd Aziz diminta untuk membaca akuan AkuJanji ibubapa/penjaga. Bagi menyempurnakan majlis, simbolik penyerahan AkuJanji oleh Encik Azada Bin Abd Aziz kepada Encik Shaidon Bin Borham. Setelah selesai sesi pendaftaran, pelajar akan melalui minggu paradigma untuk menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan di IKBN Bandar Penawar. Terima kasih pada semua yang telah berusaha dan yang terlibat.

Read 1402 times Last modified on Khamis, 21 April 2016 18:50
 
Find us on Facebook
Follow Us