Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 18 January 2016 17:19

PROGRAM TEAM BUILDING IKBN BANDAR PENAWAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Encik Mohd Shamsul Anuar bin Moh Suaid

PROGRAM TEAM BUILDING IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 18 Januari 2016 – Satu Program Team Building IKBN Bandar Penawar telah diadakan pada 14 hingga 16 Januari baru-baru ini bagi memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan sikap tolong-menolong antara para pelajar. Program ini telah disertai oleh seramai 113 orang pelajar IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada pelajar tahap 2 dan 3.

Pengisian program ini memfokuskan kepada aktiviti indoor yang meliputi aktiviti suasana belajar seronok, sesi pembentukan kumpulan, aktiviti merekacipta logo, moto, misi dan visi, aktiviti pemantapan pasukan dan aktiviti mengenal diri. Selain itu, ia juga turut dimuatkan dengan aktiviti outdoor seperti IKBN Explorace dan permainan bomball yang berkonsepkan permainan paintball.

Program ini telah berlansung di beberapa lokasi seperti Pusat Sumber IKBNBP dan di sekitar IKBN Bandar Penawar. Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan dibantu kakitangan dan pengajar dari beberapa Jabatan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

Read 968 times Last modified on Khamis, 21 April 2016 18:55
 
Find us on Facebook
Follow Us