Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 14 April 2016 17:51

PROGRAM RUN TO UNITE IKBN BANDAR PENAWAR 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Encik Mohd Shamsul Anuar bin Moh Suaid

PROGRAM RUN TO UNITE IKBN BANDAR PENAWAR 2016

Bandar Penawar, 14 April 2016 – Satu Program yang dikenali sebagai Program Run To Unite IKBN Bandar Penawar 2016 telah diadakan pada 14 April baru-baru ini bagi meningkatkan kesedaran individu untuk mengamalkan gaya hidup sihat disamping mengekalkan kecergasan fizikal. Program ini juga diadakan dengan tujuan untuk mendekati komuniti sekitar IKBN Bandar penawar.


Selain peserta program yang terdiri daripada pelajar dan warga IKBN Bandar Penawar, penganjuran turut mendapat kerjasama dan sokongan serta penglibatan peserta dari agensi KEJORA, Balai Polis Bandar Penawar, Klinik Kesihatan Bandar Penawar, KRAMSAU dan Balai Bomba Bandar Penawar.


Dalam program ini, peserta telah disediakan trek larian dengan jarak 5 km. Lokasi trek ialah di IKBN Bandar Penawar sendiri dan laluan di kawasan perumahan terdekat (Taman Desaru Utama). Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat Rakan Muda sesi 1/2016 dan staf IKBN Bandar Penawar.


Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Encik Zahrin Bin Romli, Pengarah IKBN Bandar Penawar yang kemudiannya turut menyertai larian tersebut. Turut menyertai larian ialah Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah (HEP) dan Shaidon Borham, Timbalan Pengarah (PL). Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Read 2038 times