Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 31 October 2017 23:52

KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE-31 TAHUN 2017

Written by
Rate this item
(0 votes)

BANDAR PENAWAR, 31 OKTOBER 2017 Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-31 Tahun 2017 telah pun berlangsung pada 29 Oktober hingga 31 Oktober 2017 di IKBN Bandar Penawar, Johor.

Acara sukan tahunan ini disertai oleh 21 institusi latihan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Kontijen sukan IKTBN Chembong telah diwakili oleh 21 orang yang terdiri daripada ketua kontijen, jurulatih dan pelajar bagi menyertai acara acara yang dipertandingkan pada tahun ini adalah Tenpin Boling Lelaki, Tenpin Boling Perempuan,Tenpin Boling Pegawai,Futsal Lelaki dan Badminton Campuran. Kejohanan sukan ini secara umumnya bertujuan untuk menerapkan budaya bersukan di kalangan para pelajar sekaligus menerapkan amalan gaya hidup yang sihat dan cergas serta memupuk hubungan baik dikalangan pelajar dan warga ILKBS melalui penyertaan yang bermuafakat.

Selain daripada itu, dalam kejohanan sukan ILKBS kali ini, Atlet Tenpin Boling Lelaki IKTBN Chembong telah memenangi tempat ke 2 dengan jumlah keseluruhan jatuhan pin sebanyak 819. Manakalan untuk Acara Ten Pin Boling Pegawai, IKTBN Chembong telah memenangi tempat ke 2 dengan jatuhan pin sebanyak 889 yang di anggotai oleh En. Mohd Shes Bin Mohd Aris dan Pn Norafizah Bt Zolkafali. Tahniah diucapkan kepada semua kontinjen IKTBN Chembong yang telah memberi komitmen yang sangat tinggi dalam menjayakan acara sukan pada kali ini dan pada atlet yang kurang berjaya, teruskan usaha pada masa akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

 

 

Read 6482 times Last modified on Khamis, 30 November 2017 10:06
 
Find us on Facebook
Follow Us