Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 06 November 2017 19:00

CERAMAH MOTIVASI PERDANA

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 6 NOVEMBER 2017 Satu Ceramah Motivasi Perdana anjuran Jawatankuasa Surau Al-Falah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah diadakan bertempat di Surau Al-Falah, IKTBN Chembong.

Ceramah yang bertajuk Keberkatan Bekerja mendatangkan rezeki yang halal ini telah disampaikan oleh penceramah bebas yang sangat terkenal iaitu Imam Muda Asyraf. Ceramah yang dilaksanakan ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi dihadiri oleh para pegawai serta pelajar IKTBN Chembong dan turut mempelawa penduduk kampung berdekatan.

Objektif utama penganjuran ceramah ini sebagai usaha murni untuk memberi pendedahan tentang betapa pentingnya mendapat keberkatan ketika di alam pekerjaan. Justeru, diharap ceramah ini dapat terus diadakan demi menanamkan serta menyuntik semangat untuk mencintai dan menghargai ilmu.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

Read 7034 times
 
Find us on Facebook
Follow Us