Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 10 November 2017 20:00

LAWATAN SMK MAMBAU KE IKTBN CHEMBONG

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 10 NOVEMBER 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menerima lawatan sambil belajar dari SMK Mambau pada hari ini.

Lawatan ini melibatkan 30 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring. Para guru dan pelajar telah diberikan taklimat oleh pegawai dari IKTBN Chembong, Cik Norina Arni Binti Ahmad Sobri. Intipati taklimat adalah memberi penerangan secara ringkas mengenai IKTBN Chembong serta kursus-kursus yang ditawarkan. Di samping itu, rombongan ini juga diberi peluang melawat ke semua bengkel iaitu Bengkel Automotif.

Kesemua peserta lawatan telah diberi penerangan secara ringkas di setiap bengkel yang dilawati oleh pegawai-pegawai di bengkel tersebut. Selain itu, peserta lawatan juga dapat melihat sendiri jentera-jentera yang digunakan di IKTBN Chembong. Dengan adanya lawatan sebegini, ianya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan peserta selain dapat membina keakraban dan mengeratkan silaturrahim. Justeru, diharap semoga lawatan ini dapat mencapai objektif dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar dan mengeratkan lagi kerjasama di antara kedua pihak. Pihak institut juga berbesar hati menerima kunjungan SMK Mambau di masa akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

 

Read 7189 times Last modified on Khamis, 31 May 2018 08:37
 
Find us on Facebook
Follow Us