Program ini telah melibatkan seramai 74 orang peserta yang merupakan pelajar-pelajar dari pelbagai jurusan dari IKTBN Bachok dan 07 orang pegawai sebagai pengiring.Program ini telah dilaksanakan di Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Peserta telah berkhemah dan bermalam di Kem Damai sebelum mendaki Bukit Keluang pada sebelah pagi 24 November 2017 (Jumaat).Walaupun cuaca hujan ia tidak menghalang peserta-peserta untuk menamatkan program penjelajahan lasak ini. Program ini memberikan pengalaman yang amat berguna kepada semua peserta yang terlibat.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat dengan program ini. Semoga program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang dan diharapkan peserta-peserta ARPRM akan mendapat anugerah gangsa sebelum menamatkan pengajian di IKTBN Bachok.
Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin