Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 29 November 2017 16:30

IKTBN BACHOK LAKSANAKAN KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN BADAN OPERASI ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA

Written by
Rate this item
(0 votes)

arp

 

Bachok, 29 November 2017– Pada 15 hingga 16 November 2017 yang lepas Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Kursus Pemantapan Pengurusan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kelantan.

Objektif utama program ini adalah bagi melahirkan lebih ramai lagi pemimpin,mentor, penyelaras dan penilai ARP di peringkat IKTBN Bachok.Objektif lain adalah bagi memantapkan kepimpinan dan kaedah pengoperasian Badan Operasi ARP serta mengenalpasti cara-cara untuk mengatasi atau meminimakan masalah yang timbul dalam pelakasanaan program ARP.

Seramai 33 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri dari pengajar, kakitangan dan ahli majlis perwakilan pelajar (MPP) IKTBN Bachok.Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan kursus ini walaupun berlangsung agak singkat iaitu 2 hari tetapi ilmu yang diperolehi amat berguna kepada semua.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

 

arp2arp3

Read 4751 times
 
Find us on Facebook
Follow Us