IKTBN Bachok telah dipilih oleh Pihak Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) untuk menjadi pusat temuduga bagi Zon Pantai Timur. Seramai 59 orang calon telah hadir bagi temuduga mengikut bidang yang dipohon. Daripada 59 orang calon beberapa orang calon terpaksa pulang awal kerana tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Keputusan temuduga boleh disemak mulai hari ini (29 November), bagi calon-calon yang berjaya tahniah diucapkan dan bagi calon-calon yang gagal bolehlah membuat rayuan. Sila layari laman web berikut untuk membuat semakan https://ekampus.kbs.gov.my.
Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin