Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 14 November 2017 09:00

TINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BAHASA INGGERIS

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 14 NOVEMBER 2017 - Bahasa Inggeris seperti yang diketahui merupakan bahasa antarabangsa yang penting untuk berkomunikasi malah ia juga aset paling mustahak yang perlu dipelajari oleh generasi muda dalam era globalisasi masa kini.

Sehubungan dengan itu, sebagai usaha menyediakan platform untuk para pelajar meningkatkan kemahiran komunikasi lisan mereka, Jabatan Pengajian Umum (JPU telah mengambil inisiatif menganjurkan Program komunikasi Dalam Bahasa Inggeris berlangsung pada 14 November 2017 jam 2.00 petang di Dewan Dato Maharajalela.

Pada program tersebut, beberapa persembahan drama dalam bahasa Inggeris turut dijayakan oleh para pelajar yang menyertainya.

Program ini antara lain bertujuan mempamerkan potensi serta keupayaan para pelajar dalam berinteraksi dan terlibat dalam konteks komunikasi dalam bahasa Inggeris, di samping meningkatkan kemahiran lisan pelajar dalam beberapa aktiviti bahasa, selain membina dan memupuk keyakinan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris antara satu sama lain.

 

Read 5643 times
 
Find us on Facebook
Follow Us