Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 20 November 2017 09:11

BENGKEL PROGRAM EREZEKI

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 20 NOVEMBER 2017 - Di arena internet, terdapat beberapa kaedah untuk menjana pendapatan tambahan, termasuk melalui laman-laman yang menawarkan tugasan mudah seperti Fiverr dan sebagainya. Terkini, dalam usaha memperkaya ekonomi digital pengguna tempatan, pihak MDeC turut hadir dengan sebuah perkhidmatan khusus dinamakan sebagai eRezeki, sekaligus memudahkan belia tempatan untuk menjana pendapatan tambahan melaluinya.

Sehubungan dengan itu, IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Bengkel Program eRezeki pada 17 November 2017 jam 9.00 pagi bertempat di Makmal Komputer. Bengkel ini telah disertai seramai 20 orang pengajar dan pelajar di samping memberi pendedahan pelaksanaan Program eRezeki ini.

Program eRezeki ini memfokuskan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan bawah RM4000 sebulan, dimana mereka boleh menyertai program eRezeki, dan membuat beberapa tugasan digital yang ringkas, serta menjana pendapatan tambahan melaluinya. Program ini menawarkan beberapa tugasan ringkas, dimana antaranya adalah termasuk:

  • Memasukkan data daripada teks di laman web
  • Memasukkan data daripada imej yang dilihat
  • Memasukkan data daripada audio atau video
  • Menyemak dan memperbaiki maklumat atau info yang silap
  • Membuat carian di internet untuk beberapa maklumat tertentu

Read 5560 times
 
Find us on Facebook
Follow Us