Print this page
Rabu, 15 November 2017 09:17

PROGRAM NEGARAKU KREATIVITI @ KOMUNITI DI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(1 Vote)

SERI ISKANDAR, 13 NOVEMBER 2017 – Program Kreativiti @ Komuniti atau K@K ini adalah satu usaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM dalam mencungkil bakat serta kreativiti masyarakat, khususnya di luar bandar. Objektif program adalah bagi mencungkil dan mengetengahkan bakat, meningkatkan kepakaran serta kreativiti pelajar/belia luar bandar. Selain itu, ia juga melahirkan generasi pelapis dalam industri kandungan kreatif dan seterusnya meningkatkan kesedaran masyarakat luar bandar mengenai hasil industri kandungan kreatif bagi memperluaskan pasaran tempatan dan antarabangsa.

Hasil program ini, secara tidak langsung ia dapat mewujudkan kerjasama antara kementerian dan institusi pendidikan di peringkat serantau bagi memajukan industri kandungan kreatif. Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia dengan kerjasama strategik Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Jabatan dan Agensi Kerajaan, Institut Kemahiran Belia Negara dan syarikat-syarikat telekomunikasi.

Program ini diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, Perak selama dua hari bermula 10 hingga 11 November 2017 yang menyediakan kursus pendek iaitu Kursus Asas Fotografi dan Pembikinan Video. Perasmian penutupan program ini telah disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Kandungan Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia, En. Nik Kamaruzaman Nik Husin, pada 11 November 2017.

Turut hadir sama Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar En. Mohd Isa Bin Ibrahim bersama para pegawai dan kakitangan serta masyarakat setempat terlibat sama dalam program tersebut.

Read 5359 times
Find us on Facebook
Follow Us