Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 22 November 2017 21:59

PROGRAM PERJUMPAAN PIHAK PENGURUSAN IKTBN CHEMBONG DENGAN PENGERUSI JKKK DUN CHEMBONG

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 22 NOVEMBER 2017 Satu program perjumpaan Pihak Pengurusan Iktbn Chembong Dengan Pengerusi Jkkk Dun Chembong telah diaakan pada hari ini.

Program ini berlangsung di Perpustakaan IKTBN Chembong. Taklimat yang disampaikan oleh pegawai IKTBN Chembong, Cik Norina Arni binti Ahmad Sobri ini adalah untuk memberi penerangan yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan. Melalui taklimat ini, diharap akan dapat menyalurkan maklumat dengan lebih mendalam kepada peluang-peluang pengajian tinggi khususnya dalam bidang kemahiran yang boleh disertai oleh golongan belia terutama di kawasan DUN Chembong.

Seterusnya, pengerusi JKKK DUN Chembong diberi peluang melawat ke semua bengkel iaitu Bengkel Automotif. Kesemua peserta lawatan telah diberi penerangan secara ringkas di setiap bengkel yang dilawati oleh pegawai-pegawai di bengkel tersebut. Selain itu, peserta lawatan juga dapat melihat sendiri jentera-jentera yang digunakan di IKTBN Chembong. Menerusi taklimat ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif khususnya dalam memberi peluang kepada para belia yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

Read 7776 times Last modified on Khamis, 30 November 2017 10:07
 
Find us on Facebook
Follow Us