Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 26 November 2017 22:07

IKTBN CHEMBONG SERTAI PROGRAM KOMUNITI BELIA CERGAS

Written by
Rate this item
(0 votes)

SENDAYAN, 26 NOVEMBER 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai pameran bersempena Program Komuniti Belia Cergas yang berlangsung di Padang Awam Felda Kampung Sendayan, Negeri Sembilan.

Karnival ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pilihan melanjutkan pelajaran selepas SPM. Seawal jam 8.00 pagi Jawatankuasa Pameran dan Promosi IKTBN Chembong yang terdiri daripada 4 orang pegawai iaitu Encik Rohizad Bin Abd Rahman, Encik Jizan Bin Abdul Majid, Cik Nabisha Begam Bt Kadir Mohidin dan Cik Norina Arni Bt Ahmad Sobri telah membuka ‘booth’ pameran.

Melalui pameran yang diadakan, pelajar-pelajar dapat diberi memberi maklumat yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan serta boring kemasukan untuk pengambilan Januari 2018 turut disediakan. Selain itu, para pelajar dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pelajar untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka.

Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak sekolah kerana dapat menganjurkan pameran ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan member pendedahan awal kepada pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

Read 8671 times
 
Find us on Facebook
Follow Us