Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 29 November 2017 00:10

TAKLIMAT KERJAYA DAIHATSU PERODUA ENGINE MANUFACTURING SDN BHD (DPEM)

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 28 NOVEMBER 2017 Syarikat Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn Bhd (DPEM) telah mengadakan taklimat kerjaya dan temuduga pada hari ini.

Taklimat yang diadakan di Perpustakaan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong bertujuan untuk mengisi kekosongan jawatan Perantis dan penempatan Latihan Industri.Seramai 40 orang pelajar semester akhir bidang Automotif IKTBN Chembong telah menghadiri temuduga tersebut. Melalui temuduga ini, pihak DPEM dapat mencari calon-calon yang sesuai untuk mengisi jawatan tersebut. Tambahan pula, A DPEM telah menjalin kerjasama Mou dengan pihak IKTBN Chembong , maka para pelajar institut ini diberi keutamaan untuk mengisi jawatan tersebut.

Justeru itu, dengan adanya kerjasama sebegini dilihat dapat memberi kelebihan serta faedah kepada kedua-dua belah pihak. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan serta mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-duanya dan dapat memberi peluang pekerjaan kepada pelajar sebelum mereka menamatkan pengajian di IKTBN Chembong.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

Read 8820 times
 
Find us on Facebook
Follow Us