Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 29 November 2017 22:21

TAKLIMAT KERJAYA DAN TEMUDUGA TERBUKA OLEH PETROMINWORK SDN BHD

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 29 NOVEMBER 2017 Syarikat PetrominWork Sdn Bhd telah mengadakan taklimat kerjaya dan temuduga pada hari ini.

Taklimat yang diadakan di Makmal Komputer, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong bertujuan untuk mengisi kekosongan jawatan Perantis dan penempatan Latihan Industri.Seramai 50 orang pelajar bootcamp scaffolding Basic yang berkursus selama 3 bulan di IKBN Bandar Penawar dan IKTBN Chembong telah menghadiri temuduga tersebut. Melalui temuduga ini, pihak PetrominWork Sdn Bhd dapat mencari calon-calon yang sesuai untuk mengisi jawatan tersebut.

Justeru itu, dengan adanya kerjasama sebegini dilihat dapat memberi kelebihan serta faedah kepada kedua-dua belah pihak. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan serta mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-duanya dan dapat memberi peluang pekerjaan kepada pelajar sebelum mereka menamatkan pengajian di IKTBN Chembong.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

Read 8089 times Last modified on Khamis, 30 November 2017 10:23
 
Find us on Facebook
Follow Us