Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 04 December 2017 12:02

PROGRAM KESUKARELAWAN ILKBS-TOUCH POINT DI BAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SIRI 2

Written by
Rate this item
(0 votes)

cad3

 

Bachok, 04 Disember 2017– Pada 02 dan 03 Disember 2017 yang lepas pihak IKTBN Bachok telah melaksanakan Program Kesukarelawan ILKBS-Touch Point Cabinet Away Day 2017 (CAD 2017) siri 2 telah dijalankan.

IKTBN Bachok yang telah diberikan amanah oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) KBS untuk menyelaras dan melaksanakan program Kesukarelawan ILKBS yang melibatkan seluruh warga IKTBN Bachok termasuk peserta ARPRM. Program ini merupakan satu pendekatan belia bersama masyarakat bagi memupuk semangat kesukarelawan di dalam diri belia, ia juga selari dengan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di bawah elemen Khidmat Masyarakat dan Kemahiran yang merupakan aktiviti Ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh ILKBS seluruh Malaysia.

Bagi program siri 2 3 tempat telah dipilih untuk menjadi lokasi program antaranya di Pusat Khidmat Al-Quran Darul Saadah, Kg Chengal, Ketereh,Gelanggang Takraw, Taman Sri Wangi, Kok Lanas dan Madrasah Kg Maka, Joh, Machang, Kelantan. Antara pengisian program adalah gotong royong membersih kawasan yang dinaiki air banjir, mengecat serta memasang pagar Chain Link di sekeliling Madrasah dan menyiapkan gelanggang Takraw.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat sekitar dimana mereka turut serta membantu di dalam kerja-kerja gotong royong yang dijalankan.Semoga program ini akan diteruskan pada masa akan datang demi memasyarakatkan ILKBS dimata masyarakat setempat.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

cad1cad2

cad4

Read 5223 times
 
Find us on Facebook
Follow Us