Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 05 December 2017 08:40

PROGRAM TOUCH POINT (CABINET AWAY DAY 2017) DI SURAU KAMPUNG NELAYAN KELANANG

Written by
Rate this item
(0 votes)

KUALA LANGAT, 11 NOVEMBER 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah mengadakan gotong royong sempena Program Touch Point (Cabinet Away Day ) dan Gerak Bakti Prihatin di Surau Kampung Nelayan Kelanang di sini . 

Program dua hari ini telah disertai oleh seramai 30 orang pelajar Jurusan Teknologi Hiasan Dalaman dan pengajar IKBN Kuala Langat serta penduduk setempat bagi bersama-sama membersihkan surau untuk kegunaan nelayan-nelayan di kampung ini . Antara aktiviti yang dilakukan adalah mengecat bangunan surau tersebut serta membersihkan kawasan sekeliling surau . 

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membantu komuniti setempat serta merupakan program Anugerah Remaja Perdana yang mana dilaksanakan oleh semua pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan . 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran

(Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

Read 5714 times Last modified on Selasa, 05 December 2017 09:18
 
Find us on Facebook
Follow Us