Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 05 December 2017 08:54

PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS TOUCH POINT (CABINET AWAY DAY 2017) DI DEWAN KOMUNITI JENJAROM

Written by
Rate this item
(0 votes)

KUALA LANGAT, 15 NOVEMBER 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah mengadakan gotong royong sempena Program Kesukarelawanan ILKBS Touch Point (Cabinet Away Day ) Dewan Komuniti Jenjarom di sini . 

Program dua hari ini telah disertai oleh seramai 30 orang pelajar Jurusan Videografi dan Jurusan Perabot serta pengajar IKBN Kuala Langat bagi bersama-sama membersihkan dewan tersebut untuk kegunaan penduduk di kampung ini . Antara aktiviti yang dilakukan adalah mengecat bangunan dewan tersebut , menggantikan pintu tandas , mengecat pagar serta membersihkan kawasan sekeliling dewan . Perasmian bagi program ini telah disempurnakan oleh Zurihan Yusof , Penyelaras Parlimen Kuala Langat . 

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membantu komuniti setempat serta merupakan program Anugerah Remaja Perdana yang mana dilaksanakan oleh semua pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan . 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran

(Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

Read 5691 times Last modified on Selasa, 05 December 2017 09:14
 
Find us on Facebook
Follow Us