Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 05 December 2017 09:27

PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS TOUCH POINT (CABINET AWAY DAY 2017) DI RUMAH ANAK YATIM AS-SOLIHIN KANCHONG DARAT

Written by
Rate this item
(0 votes)

KUALA LANGAT, 22 NOVEMBER 2017 - Program Touch Point Kesukarelawanan ILKBS (Cabinet Away Day ) serta Program Gerak Bakti Prihatin dan Dinamik telah diadakan di Rumah Anak Yatim As- Solihin Kanchong Darat bersama-sama pelajar -pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat , Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia di sini . 

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mengecat bangunan rumah anak yatim tersebut disamping aktiviti-aktiviti lain seperti latihan dalam kumpulan dan memasak bubur lambuk . 

Program seperti ini dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada pelajar - pelajar supaya lebih dekat lagi dengan masyarakat setempat dan untuk mengajar pelajar-pelajar supaya sama-sama membantu mereka yang lebih memerlukan . 

Selain itu pihak IKBN Kuala Langat juga telah menyampaikan sumbangan berbentuk makanan serta kabinet yang direka dan disiapkan sendiri oleh pelajar serta pengajar Jurusan Perabot . 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran

(Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

Read 6114 times Last modified on Selasa, 05 December 2017 09:48
 
Find us on Facebook
Follow Us