Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 06 December 2017 09:29

PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS TOUCH POINT (CABINET AWAY DAY 2017) DI MAAHAD TAHFIZ DARUL FAQEH , MORIB

Written by
Rate this item
(0 votes)

KUALA LANGAT, 27 NOVEMBER 2017 - Program Touch Point Kesukarelawanan ILKBS (Cabinet Away Day ) serta Program Gerak Bakti Prihatin dan Dinamik telah diadakan di Maahad Tahfiz Darul Faqeh , Tongkah Morib di sini . 

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mengecat bangunan , membersihkan kawasan sekitar Maahad Tahfiz tersebut .

Program seperti ini dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada pelajar - pelajar supaya lebih dekat lagi dengan komuniti setempat dan untuk mengajar pelajar-pelajar supaya sama-sama membantu mereka yang lebih memerlukan . 

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah IKBN Kuala Langat , Mgt Hussain Bin Mgt Jaaffar . Beliau juga telah menyampaikan sumbangan kabinet yang direka dan disiapkan sendiri oleh pelajar serta pengajar Jurusan Perabot serta sumbangan Al-Quran . 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran

(Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

Read 5417 times Last modified on Rabu, 06 December 2017 09:34
 
Find us on Facebook
Follow Us