Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 11 January 2018 07:22

SETITIK DARAH SEJUTA HARAPAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

DD1

Bachok, 11 Januari 2018 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok dengan kerjasama Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) telah mengadakan program kemasyarakatan yang pertama bagi tahun 2018 pada hari ini 11 Januari 2018 iaitu program derma darah.

Memetik ungkapan, “tangan yang memberi adalah lebih baik dari menerima”, para pelajar dan kakitangan IKTBN Bachok tidak lokek untuk bersama- sama menjayakan program ini di samping turut serta dalam menderma darah.

Menurut salah seorang kakitangan HUSM,program yang dianjurkan bersama ini mampu untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat sesama agensi kerajaan dan juga mampu untuk menambahkan bekalan darah di hospital yang amat memerlukan. Beliau juga berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak Hospital kerana sudi menjalin kerjasama dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan. Semoga dengan penganjuran program ini ia dapat memberikan bantuan darah kepada pihak yang memerlukan.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 1806 times
 
Find us on Facebook
Follow Us