Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 12 December 2017 14:46

MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 12 DISEMBER 2017 - Peperiksaan penting seperti Peperiksaan Akhir Semesta memerlukan persedian lebih daridapa sekadar membaca semata-mata.  Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata.  Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.

Minggu Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 2/2017 telah diadakan secara serentak seluruh pusat Institut Latihan Kemahiran Belia Negara mulai 4 -15 Disember 2017. Ianya merangkumi Subjek Umum Teknikal dan Bukan Teknikal. Bagi Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, pusat peperiksaan ini telah diadakan di Dewan Dato Maharajalela. Seramai 300 pelajar telah mengambil peperiksaan akhir ini sebelum mereka membuat latihan industri di pelbagai syarikat yang telah menerima pelajar ini selama tiga(3) bulan.

Sebelum menjelangnya minggu peperiksaan ini, para pelajar diminta menyiapkan semua kertas kerja yang telah diberikan oleh pengajar dan fail portfolio masing-masing bagi setiap jurusan. Selain itu, sebahagian pelajar membuat kelas tambahan bersama pengajar bagi persediaan sebelum peperiksaan menjelang. Diharapkan semua usaha dan kesungguhan para pelajar ini memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan ini

Read 5210 times
 
Find us on Facebook
Follow Us