Menurut Cik Malarwilly A/P Supramaniam, Ketua Unit Kewangan IKBN Seri Iskandar, mulai tahun 2018, Sistem e-Perolehan Baharu akan digunakan sepenuhnya menggantikan Sistem e-Perolehan Sedia Ada. Sistem baharu ini berasaskan kepada proses perolehan strategik dimana sistem ini membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan secara atas talian. Sistem ini juga bertindak sebagai medium alternatif kepada pembekal untuk mendaftar atau memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia. Dengan adanya sistem baharu ini, semua proses perolehan selepas ini akan dijalankan secara atas talian dan tidak lagi menggunakan borang manual.
Cik Malarwilly A/P Supramaniam merupakan sebagai penceramah dalam taklimat tersebut. Taklimat bermula pada jam 9.00 pagi sebelum berhenti rehat pada jam 12.30 tengahari, sebelum disambung semula pada jam 2.00 hingga 4.00 petang. Taklimat sesi petang memfokuskan kepada latihan amali menggunakan sistem e-perolehan baharu secara simulasi.