Tujuan utama majlis ini diadakan untuk mengeratkan silaturrahim di antara kalangan staf dan perancangan beliau pada tahun 2018 bagi meningkatkan kecemerlangan bagi IKBN Seri Iskandar. Beliau juga mengharapkan kerjasama dari semua pihak agar pencapaian dan kecemerlangan yang dirancang dapat tercapai.
Disamping itu, majlis diteruskan lagi dengan perpisahan pegawai yang bertukar ke Jabatan Pendidikan Negeri Pulai Pinang iaitu Pn. Usha A/P Parmasavan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan – DG41 yang telah berkhidmat di IKBN Seri Iskandar selama 10 tahun. Sebagai tanda penghargaan pihak penganjur telah menyampaikan cenderahati kepada beliau yang telah disampaikan oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar dan sumbangan KESKEB IKBN Seri Iskandar oleh En.Jasalilawadi Bin Jahi, Yang Dipertua KESKEB