Print this page
Rabu, 20 December 2017 14:50

TAKLIMAT DARI PENGARAH IKBN SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 20 DISEMBER 2017 – Perjumpaan bersama YS Pengarah, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar , En. Md. Isa Bin Ibrahim telah diadakan pada 20 Disember 2017 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Turut hadir sama Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kahrul Bin Daud dan Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. A. Raman Bin Musbah bersama para pegawai dan kakitangan.

 

Tujuan utama majlis ini diadakan untuk mengeratkan silaturrahim di antara kalangan staf dan perancangan beliau pada tahun 2018 bagi meningkatkan kecemerlangan bagi IKBN Seri Iskandar. Beliau juga mengharapkan kerjasama dari semua pihak agar pencapaian dan kecemerlangan yang dirancang dapat tercapai.

Disamping itu, majlis diteruskan lagi dengan perpisahan pegawai yang bertukar ke Jabatan Pendidikan Negeri Pulai Pinang iaitu Pn. Usha A/P Parmasavan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan – DG41 yang telah berkhidmat di IKBN Seri Iskandar selama 10 tahun. Sebagai tanda penghargaan pihak penganjur telah menyampaikan cenderahati kepada beliau yang telah disampaikan oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar dan sumbangan KESKEB IKBN Seri Iskandar oleh En.Jasalilawadi Bin Jahi, Yang Dipertua KESKEB

Read 5486 times Last modified on Selasa, 16 January 2018 14:52
Find us on Facebook
Follow Us