Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 01 February 2018 15:49

IKTBN BACHOK SERTAI KEJOHANAN BOLA SEPAK 09 SEBELAH (PIALA MAAPA)

Written by
Rate this item
(0 votes)

maapa

Bachok, 01 Februari 2018 – Pasukan Bola Sepak IKTBN Bachok telah mengorak langkah bagi menaikkan nama IKTBN Bachok dengan menyertai Kejohanan Bola Sepak 09 Sebelah (Piala Maapa) yang telah berlangsung pada 26 dan 27 Januari 2018 yang lepas.

Sebanyak 70 pasukan dari seluruh daerah di negeri Kelantan telah menyertai kejohanan ini.Walaupun menjadi johan di peringkat kumpulan pasukan bola sepak IKTBN Bachok gagal melepasi saingan di suku akhir apabila tewas 0 - 1 kepada pasukan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang seterusnya menjadi johan kejohanan ini.

Walaupun tewas semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak IKTBN Bachok cukup membanggakan.Semoga berjaya di kejohanan-kejohanan yang akan disertai pada masa hadapan.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 5462 times
 
Find us on Facebook
Follow Us