Bengkel yang dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan dan Perolehan (CPP) telah dijalankan sebagai langkah persediaan untuk memperkenalkan sistem kewangan baharu berkaitan dengan pembelian terus dan sebutharga kepada kakitangan dan pegawai IKBNKL yang akan mula menggunakan sistem ini mulai tahun 2018. Bengkel ini telah dijalankan pada 15 dan 16 Januari 2017 yang dihadiri seramai 25 orang kakitangan dan pegawai IKBN Kuala Langat.
Berita oleh: Sazlina Binti Mat Said
(Cawangan Pembangunan dan Perolehan, IKBN Kuala Langat)