Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

PERMOHONAN KEMASUKAN KE ILKBS SESI JULAI 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa, permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) akan dibuka kepada calon lepasan SPM mulai 5 Februari 2018 hingga 10 April 2018.

 Permohonan kemasukan adalah melalui sistem UPU Online http://upu.mohe.gov.my yang mana ia melibatkan kategeri A (bagi calon lepasan SPM tahun 2017) dan Kategori B (bagi calon lepasan SPM 2015 - 2016), mana kala calon yang menduduki SPM tahun 2014 dan kebawah adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke ILKBS secara manual di mana-mana ILKBS yang terdekat.

 Calon Kategori A & B yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal bolehlah mendapatkan no. unik ID UPU dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 Februari 2018 hingga 9 April 2018 dengan harga RM15.64.

 

SUMBER:
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
Kementerian Belia dan Sukan

Read 22279 times
 
Find us on Facebook
Follow Us