Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 06 February 2018 09:44

KETUA PENGARAH BPKB KBS HADIRI MAJLIS RAMAH MESRA DENGAN PELATIH PLKI-ECRL

Written by
Rate this item
(0 votes)

PLKI

Bachok, 06 Februari 2018 – Ybrs Dr. Hajah Wasitah Bt Mohd Yusof Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia telah hadir ke Kelantan bagi menghadiri majlis ramah mesra bersama dengan pelatih-pelatih program PLKI-ECRL.

Majlis yang berlangsung pada 02 Februari 2018 (Jumaat) ini diadakan bagi meraikan pelatih pertama program PLKI-ECRL yang berjaya menamatkan latihan selama 2 bulan dengan modul latihan yang memenuhi kehendak industri. Pelatih-pelatih yang menamatkan latihan dijamin pekerjaan oleh pihak China Communications Construction Company (CCCC).

Semoga semua yang telah berjaya melalui program ini dapat membuktikan kepada semua bahawa kita dapat menjadi pekerja mahir yang terbaik di dalam projek mega seperti ECRL ini. Itulah antara intipati ucapan Ybrs Dr. KP (BPKB) semasa majlis ramah mesra tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak langsung. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelatih PLKI-ECRL kerana berjaya menamatkan latihan dengan jayanya.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 5518 times
 
Find us on Facebook
Follow Us