Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 06 February 2018 11:14

PERHIMPUNAN MESRA BULANAN IKTBN BACHOK BAGI BULAN JANUARI 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

pb12018

Bachok, 06 Februari 2018- IKTBN Bachok telah mengadakan Perhimpunan Bulanan yang ke pertama bagi tahun 2018. Tuan rumah bagi penganjuran perhimpunan kali ini adalah Jabatan Teknologi Automotif.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar Automotif seterusnya penyampaian maklumat mnengenai aktiviti semasa yang telah berlangsung dan akan berlangsung untuk makluman semua warga IKTBN Bachok.Perhimpunan pertama tahun ini diadakan di surau As-Salam IKTBN Bachok.

Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan dan amanat dari Pengarah IKTBN Bachok Tuan Ab. Rashid Bin Hj Deraman. Selepas selesai amanat dari Pengarah IKTBN Bachok majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan bilik terbersih bagi bulan Januari 2018 dan sumbangan hari lahir oleh pihak Kelab Kakitangan IKTBN Bachok kepada pegawai yang menyambut hari lahir pada dari bulan November 2017 hingga Februari 2018.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 5071 times
 
Find us on Facebook
Follow Us