Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 06 February 2018 11:15

IKTBN BACHOK JAYAKAN PROGRAM MY FUTURE DAN HARI KERJAYA SIRI 15/2018 DI KEM PLKN CAN CUN PARK, PASIR MAS, KELANTAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

PLKN12018

Bachok, 06 Februari 2018- IKTBN Bachok melalui Unit Promosi telah menjayakan Hari Kerjaya Kumpulan 1 Siri 15/2018 peserta Program Latihan Khidmat Negara di Kem PLKN Can Cun Park, Pasir Mas, Kelantan yang telah diadakan pada hari Sabtu 03 Februari 2018.

IKTBN Bachok telah menghantar seramai 03 orang pegawai dan 04 orang pelajar ke Kem PLKN Tersebut bagi membuka “Booth” pameran seperti yang diminta oleh pihak Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.Semasa pameran diadakan pihak IKTBN Bachok juga mengadakan Demontrasi Fruit Carving dan juga mari mencuba “Lipatan Napkin” kepada peserta PLKN dan juga pengunjung yang hadir terutamanya ibu bapa kepada peserta.

Sepanjang program berlangsung “Booth” pameran IKTBN Bachok sentiasa dikunjungi peserta PLKN yang sangat berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran. Daripada beberapa agensi yang terlibat membuka “Booth” pada hari tersebut IKTBN Bachok merupakan “Booth” yang paling popular dikalangan peserta PLKN. Pihak IKTBN Bachok berharap dengan pameran dan demonstrasi yang diberikan akan membantu peserta membuat pilihan yang terbaik dalam memilih Institusi bagi melanjutkan pelajaran.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 5916 times
 
Find us on Facebook
Follow Us