Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 11 February 2018 16:30

PROGRAM SEMARAK IMAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

KEMBARA

Bachok, 11 Februari 2018 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui Cawangan Pembangunan Sahsiah & Ko-Kurikulum dengan kerjasama Jawatakuasa Surau As-Sallam IKTBN Bachok telah mengadakan program Khas kepada pelajar yang diberi nama “Semarak Iman”.

Bagi program pertama kali dilaksanakan ini seramai 20 orang pelajar telah menyertai Program ini. Program ini dilaksanakan selama 02 hari 01 malam dengan pengisian aktiviti-aktiviti berbentuk ilmiah. Program ini dilaksanakan di Masjid Teluk Renjuna, Tumpat, Kelantan bermula bacaan Yassin dan Tahlil bersama penduduk.

Antara pengisian program adalah ziarah Iman dari rumah ke beberapa buah rumah diatas Pulau Renjuna, tazkirah, bacaan hadis dan Al-Quran serta Qimullai. Selain itu pelajar juga didedahkan dengan aktitivi survival dengan memasak makanan sendiri semasa program berlangsung. Aktiviti ini diharap dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ianya sangat bermanfaat kepada jati diri pelajar.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 5309 times
 
Find us on Facebook
Follow Us