Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 12 February 2018 04:03

IKBN KINARUT SERTAI ROADSHOW YAYASAN SABAH BERSAMA RAKYAT

Written by

 

 

IKBN KINARUT SERTAI ROADSHOW YAYASAN SABAH BERSAMA RAKYAT

 

 

SANDAKAN ; Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut baru-baru ini telah terlibat dengan Road Show kumpulan Yayasan Sabah Zon pantai timur utara sempena dengan pameran kerjaya dan keusahawanan bertempat di Dewan Serbaguna Libaran Sandakan, Sabah.

 

Majlis perasmian telah dilakukan oleh YAB Tan Sri Datuk Sri Panglima Musa Hj Aman Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

 

Antara agensi kerajaan yang terlibat ialah TERAJU, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Yayasan Usaha Maju (YUM), Jabatan Tenaga Rakyat (JTK) Radio Televisyen Malaysia (RTM), Pejabat Unit Pemimpin Masyarakat serta Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Selain lawatan ke tapak pameran oleh YAB Ketua Menteri turut diadakan ialah Taklimat Kerjaya oleh Sabah International Convention Centre dan persembahan hiburan.

 
Find us on Facebook
Follow Us