Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 13 February 2018 09:34

PROGRAM MINGGU KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN SESI 1/2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

kebakaran

IKBN PERETAK: Jumaat, 9 Februari 2018 Program Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Sesi 1/2018, anjuran Bahagian Pengurusan Latihan, IKBN Peretak telah diadakan pada 6 Februari hingga 8 Februari 2018.

Objektif utama program ini ialah untuk memberi kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan kepada kakitangan serta para pelajar institute disamping dijadikan sebagai panduan serta amalan sepanjang pelajar menjalani latihan di institut ini khususnya bagi pelajar baru sesi pengambilan Januari 2018.Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang tempoh tiga (3) hari program berjalan seperti program derma darah, ceramah / taklimat oleh Agensi-agensi keselamatan dan kesihatan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Kesihatan, BOMBA dan Syarikat Akademi Memandu swasta.

 

Para peserta seramai hampir 200 orang pelajar dan kakitangan juga telah didedahkan dengan latihan amali mengenai teknik bantuan pernafasan (CPR) dan teknik pemindahan mangsa yang tercedera serta cara-cara mengawal kebakaran. Program pada sesi ini juga telah melibatkan Syarikat Akademi Pemanduan swasta bagi berkongsi pengetahuan mengenai teknik pemanduan berhemah dan keselamatan ketika memandu.

 

Disediakan oleh :  Encik Samsu Bin Kadir

Disunting oleh: Puan Nor Salwah Binti Yaacob

Read 850 times Last modified on Selasa, 13 February 2018 09:40
 
Find us on Facebook
Follow Us