Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 13 February 2018 09:36

PROGRAM DERMA DARAH BERSAMA PUSAT DARAH NEGARA

Written by
Rate this item
(0 votes)

derma darah

IKBN PERETAK:  Selasa, 6 Februari 2018 Satu sesi program derma darah telah diadakan bertempat di Pusat Sumber,IKBN Peretak sempena Program Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Sesi 1/2018, yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan, IKBN Peretak bermula 6 Februari hingga 8 Februari 2018.

Program derma darah ini melibatkan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur bertujuan untuk mendapatkan sumber bekalan darah bagi keperluan Pusat Darah Negara dan hospital-hospital di sekitar Kuala Lumpur. Berdasarkan maklumat daripada pihak Pusat Darah Negara, keperluan bekalan darah oleh hospital adalah sangat kritikal khususnya di musim-musim hari perayaan.  Memandangkan perayaan sambutan Tahun Baru Cina 2018 semakin hampir, Pusat Darah Negara telah mempergiatkan kempen derma darah dikalangan orang ramai untuk menambah bekalan darah yang sedia ada.  

 

Program derma darah yang telah diadakan pada 6 Februari, bermula dari jam 10.30 pagi hingga 3.30 petang dianggotai oleh 10 orang personel Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur dan telah berjaya mengumpul sebanyak 70 pint darah hasil derma darah oleh pegawai dan pelajar IKBN Peretak.

 

Disediakan oleh :  Encik Samsu Bin Kadir

Disunting oleh: Puan Nor Salwah Binti Yaacob

Read 1569 times Last modified on Selasa, 13 February 2018 09:39
 
Find us on Facebook
Follow Us