Objektif utama program ini adalah untuk mempromosi dan menjadikan ianya sebagai satu agenda penting IKBN Seri Iskandar dalam melahirkan warganya yang cakna kepada keselamatan dan kesihatan sama ada di tempat kerja, rumah, jalan raya dan sebagainya.
“Penganjuran program ini akan menjadi pencetus dalam pembudayaan keselamatan dan kesihatan secara berterusan di institute agar dapat menyokong pencapaian kecemerlangan IKBN seri Iskandar dalam pelbagai bidang.
Selain itu, pelbagai program dan aktiviti telah direncanakan yang melibatkan agensi luar antaranya Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Agensi Dadah Kebangsaan dan Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah serta demotrasi memadam kebakaran menggunakan Alat Pemadam Api oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Seri Iskandar.