Print this page
Khamis, 11 January 2018 16:56

MINGGU KESEDARAN BUDAYA KESELAMATAN DAN KESIHATAN IKBN SERI ISKANDAR TAHUN 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 11 JANUARI 2018 - Dalam usaha memupuk budaya Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengadakan Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan IKBNSI 1/2018 yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Bertemakan `Bersama Membina Budaya Pencegahan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Melalui Intervensi Positif’ program dapat meningkatkan kesedaran berkaitan peranan penting semua pihak dalam membentuk budaya pencegahan kemalangan melalui intervensi secara positif.

Objektif utama program ini adalah untuk mempromosi dan menjadikan ianya sebagai satu agenda penting IKBN Seri Iskandar dalam melahirkan warganya yang cakna kepada keselamatan dan kesihatan sama ada di tempat kerja, rumah, jalan raya dan sebagainya.

“Penganjuran program ini akan menjadi pencetus dalam pembudayaan keselamatan dan kesihatan secara berterusan di institute agar dapat menyokong pencapaian kecemerlangan IKBN seri Iskandar dalam pelbagai bidang.

Selain itu, pelbagai program dan aktiviti telah direncanakan  yang melibatkan agensi luar antaranya Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Agensi Dadah Kebangsaan dan Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah serta demotrasi memadam kebakaran menggunakan Alat Pemadam Api oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Seri Iskandar.

Read 5229 times
Find us on Facebook
Follow Us