Print this page
Khamis, 11 January 2018 16:58

LAWATAN PENANDAARASAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM ( EKSA ) DARI AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA BATU GAJAH, PERAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 10 JANUARI 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menerima kunjungan delegasi seramai 40 orang dari Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Baru Gajah, Perak pada 9 Januari 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Rombongan telah disambut Encik Mohamed Haniff B. Abdullah Jawatankuasa Seranta dan diketuai oleh Pn. Suhaini Bt Samsudin.

Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, Encik Amir-Kharul Bin Daud merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama Jawatankuasa Induk. Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Shakila Bt Zainal, Jawatankuasa Latihan menerangkan serba sedikit pelaksanaan EKSA di institut ini.

Lawatan ini merupakan lawatan ‘benchmarking’ EKSA yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang persediaan, pelaksanaan dan pengamalan EKSA di sini.  Para delegasi turut dibawa melawat ke sekitar fasiliti IKBN Seri Iskandar seperti, stor penyimpanan, asrama, bilik kuliah, ruang kerja pejabat, perpustakaan, dewan makan dan lanskap taman.

Adalah diharapkan menerusi sesi lawatan ini, sedikit sebanyak delegasi lawatan dapat berkongsi dan bertukar-tukar ilmu untuk mencapai dan mengekalkan pengiktirafan akreditasi EKSA di Jabatan masing-masing.

Read 5424 times
Find us on Facebook
Follow Us