Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 22 February 2018 16:05

KURSUS PENDEK “DESIGN THINKING”

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 22 FEBRUARI 2018 - Bertempat di Dewan Dato Maharajelala pada 21 Februari 2018, Jabatan Pengajian Umum telah berjaya menganjurkan sebuah kursus pendek “Design Thingking”. Kira-kira 30 peserta menyifatkan kursus kepimpinan yang disertai mereka di Dewan Dato Maharajalela, di sini baru-baru ini dapat membina sahsiah, jati diri dan integriti.

Peserta yang terdiri daripada kalangan pegawai dan kakitangan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI), itu menganggap kursus tersebut mampu meningkatkan keyakinan ketika berdepan dengan khalayak.

Selain ceramah motivasi dan pengurusan kepimpinan, peserta kursus didedahkan dengan teknik pengucapan awam, kaedah berkomunikasi, latihan fizikal dan aktiviti berkumpulan. Program tersebut dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar pelbagai kaum menerusi asimilasi budaya di samping pengisian kursus berkenaan amat berguna di kalangan staf untuk menghadapi cabaran di masa akan datang. Tunjuk ajar penceramah dan pemudah cara dapat dijadikan panduan untuk membentuk kepimpinan pada peringkat awal.

Pengisian aktiviti menerusi ahli kumpulan berbilang kaum amat menarik. Kami seolah-olah seperti satu keluarga dan sependapat untuk menyelesaikan masalah.

Sementara itu, Pengarah IKBN Seri Iskandar, Encik Md Isa Bin Ibrahim berkata, kursus satu hari ini melibatkan jabatan, cawangan dan unit di mana dapat menghasilkan satu kerangka yang membentuk modal insan dan jati diri di kalangan staf. 'Bukan sahaja soal akademik dititikberatkan, malah misi dan visi kami untuk membentuk disiplin diri pelajar dan melahirkan pemimpin pelapis.

Read 5371 times
 
Find us on Facebook
Follow Us