Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 23 February 2018 16:07

KURSUS PENDEK ADOBE PHOTOSHOP

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 23 FEBRUARI 2018 - Bertempat di Bilik Server, pada 22 Februari 2018, Jabatan Teknologi Rangkaian Dan Multimedia (JTRM) di bawah Jurusan Multimedia telah berjaya menganjurkan sebuah kursus pendek penguasaan kemahiran Photoshop dan seni rekaan grafik. Kursus ini merupakan projek perintis dalam melahirkan lebih ramai tenaga pakar di kalangan pegawai dan kakitangan untuk memanfaatkan media sebagai satu cara penyebaran mesej yang efektif.

Bermula pada lebih kurang 8.30 pagi, para peserta didedahkan mulanya dengan kemahiran penguasaan teknikal Photoshop melalui slot 1 kursus ini. Para peserta diterangkan fungsi dan kemampuan sebenar hampir setiap alat-alat di dalam Photoshop melalui cara demonstrasi, penerangan, dan sedikit nota sebagai bantuan.

Selepas berhenti rehat untuk solat Zohor dan makan tengahari, slot 2 dimulakan. Di dalam slot ini para peserta diuji kemahiran teknikal Photoshop yang diajar melalui tugasan-tugasan berkumpulan yang praktikal dan berbentuk realiti. Hasil-hasil kerja kemudiannya dinilai sesama peserta.

Slot ini kemudiannya disusuli oleh slot terakhir di mana para peserta didedahkan dengan kemahiran-kemahiran dan kefahaman tentang nilai-nilai yang penting dalam menghasilkan satu rekaan grafik yang menarik dan berjaya menyampaikan mesej serta memberi impak yang besar kepada para penonton di kalangan masyarakat belia yang serba moden.

Hampir kesemua peserta menyatakan kepuasan setelah mengikuti kursus ini walaupun ringkas dan padat. Banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki pada masa-masa akan datang dengan izin Allah. JTRM sangat mengambil berat tentang pembinaan potensi dan kemahiran ahli dan kursus ini merupakan antara projek-projek yang telah dirancang oleh JTRM dalam rangka itu. Diharapkan melalui kursus ini JTRM dapat melahirkan ramai lagi tenaga pakar di dalam bidang media untuk manfaat penyebaran mesej.

Read 5722 times
 
Find us on Facebook
Follow Us