Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 09 February 2018 16:09

MAJLIS RAMAH MESRA DAN MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN DAN FASILITI ASET (CPFA)

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 10 FEBRUARI 2018 - Majlis Ramah Mesra dan Majlis Perpisahan Pegawai telah dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran Dan Kewanga (BPK) bagi mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara pegawai serta meraikan pegawai yang bertukar keluar dari Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) pada 9 Februari 2018 jam 10.00 pagi. Majlis ini merupakan antara aktiviti sosial yang sangat sinonim dengan IKBN Seri Iskandar kerana ia dapat memberi peluang kepada pegawai-pegawai untuk beramah mesra antara satu sama lain.

Majlis Perpisahan Pegawai ini juga bertujuan untuk memberi penghargaan ke atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh pegawai tersebut sepanjang berada institut ini. Majlis ini turut dihadiri Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. A Raman Bin Musbah bersama kakitangan serta pegawai yang diraikan En. Mohd Jalil Bin Kamaldin, Penjaga Jentera  Elektrik – J19 yang bertukar ke Jabatan Kerja Raya Elektrik di Ipoh, Perak. Beliau telah berkhidmat di IKBN Seri Iskandar selama 10 tahun.

Penyampaian cenderamata kenangan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Mir-Kharul Bin Daud kepada pegawai yang bertukar En. Mohd Jalil Bin Kamaldin.

Read 4957 times
 
Find us on Facebook
Follow Us