Print this page
Rabu, 28 February 2018 16:11

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN FEBRUARI 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 28 FEBRUARI 2017 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bulan Februari 2018 jam 08.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Perhimpunan ini adalah di bawah anjuran Jabatan Teknologi Rangkaian Multimedia (JTRM) kelolaan Pn. Atikah Bt Ab. Rahman.

Turut hadir di majlis ini, Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar, En. Md Isa Bin Ibrahim diiringi oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Khairul Bin Daud bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. A. Raman Bin Musbah dan kakitanagn serta pelajar memenuhi ruang dewan.

Dalam ucapan beliau meminta para pelajar memberi komitmen dan kerjasama dalam mematuhi peraturan institut terutama pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) dalam ke arah penjimatan. Selain itu, beliau juga mengharapkan pelajar sentiasa mengambil peluang dan memanfaatkan masa semasa dalam sesi pembelajaran berlangsung. Ini adalah kerana ilmu pengetahuan yang banyak akan dapat meningkat kemahiran yang diceburi.

Bagi penganugerahan pekerja terbaik bulanan di bawah kategori Pengurusan Dan Profesional telah diperolehi oleh En.A Raman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar manakala kategori Kumpulan Sokongan Dan Pelaksana Cik Malarwilly a/p Supramaniam, Ketua Bahagian Kewangan kerana telah memberi prestasi yang cemerlang.

Read 5266 times
Find us on Facebook
Follow Us