Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 28 February 2018 16:12

PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA PERINGKAT DALAMAN IKBN SERI ISKANDAR 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 28 FEBRUARI 2018 – Pertandingan Inovasi Dan Rekacipta Peringkat Dalaman ini adalah satu program anjuran Cawangan Pengurusan Kualiti untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar-pelajar. Pertandingan ini telah diadakan pada 28 Februari 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Turut hadir sama Encik Md Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar diringi oleh En.Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Encik A Raman Bin Musbah serta para pelajar dan peserta pertandingan inovasi.

Bagi memilih projek inovasi dan kreativiti yang terbaik, pihak penganjur telah menjemput pengadil luar yang berpengalaman luas dalam projek-projek inovasi ini iaitu Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Md. Tahir, Ketua Jabatan kimpalan, Institut Latihan Perindustrian Perai, Pulau Pinang dan IR. DR. Perumal a/l Nallagownden, Universiti Teknologi Petronas, Tronoh.

Objektif Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Dalaman ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran serta menggalakkan daya kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar dan menjadi platform kepada pelajar sebagai penyumbang idea dan inovasi atau pengetahuan dalam bidang masing-masing untuk menunjukkan kemampuan mereka mencipta dan menemui sesuatu yang baru. Seramai 26 pasukan telah menyertai pertandingan ini yang merangkumi semua jurusan iaitu Jurusan Rangkaian Komputer, Jurusan Multimedia Pengarangan, Jurusan Elektronik Industri, Jurusan Elektrik Rendah dan Jurusan Elektrik Dua Fasa (PW2).

Tuan Pengarah bersama pengadil dibawa ke tapak pertandingan bagi melihat suasana dan projek yang telah dihasilkan oleh para pelajar. Di situlah penialian dan pembentengan projek akan dipersembahkan oleh pelajar bagi menarik hati para pengadil. Projek yang menang akan mewakili institut ke peringkat kementerian dan agensi-agensi luar

Read 6626 times
 
Find us on Facebook
Follow Us