Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 12 March 2018 17:29

“ILKBS GIVE BACK” BERBAKTI DI KG.GUMPA, KUDAT

Written by

KUDAT - IKBN Kinarut sekali lagi turun padang membantu menaiktaraf fasiliti masyarakat Kg.Gumpa dibawah Program ‘ILKBS Give Back’

Program kesukarelawanan ILKBS melalui Program Wawasan Desa Perdana ILKBS yang dilaksanakan oleh IKBN Kinarut terus mendapat impak positif dan pengiktirafan oleh masyarakat umum di Daerah Kudat menerusi khidmat kemasyarakatan menaiktaraf arena futsal Kg.Perpaduan dan pemeriksaan pendawaian di Masjid Nurul Hikmah di Kg. Gumpa, Kudat. 

Menurut Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Kinarut, Encik Himran Entoh program impak ILKBS atau komuniti ini dapat menerapkan pelajar-pelajar IKBN Kinarut dalam aktiviti kemasyarakatan dapat diiktiraf dan menyiapkan diri pelajar dalam menghadapi cabaran kearah kematangan diri dan penyerlahan potensi.Menurutnya lagi, penerapan nilai-nilai murni merupakan nilai tambah kepada keterampilan pelajar ILKBS sekaligus meningkatkan kebolehpasaran pelajar ILKBS di semua peringkat serta menjadi medium pembelajaran latihan kemahiran dan pembangunan modal insan pelajar secara holistik.

Perlaksanaan program PERDANA juga menjadi satu platform untuk melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi serta mempunyai nilai dalam aspek kesukarelaan dan seterusnya menjadi ILKBS dekat dengan komuniti setempat “, Katanya lagi.Turut hadir dalam program tersebut Ybhg Akram Ismail, Naib Ketua UMNO bhg Kudat, Belia dan Sukan Bahagian Kudat, Kelab Belia Persatuan Gumpa Kudat, Sukarelawan Kudat dan Kelab Rakan Muda Kudat.

 

Last modified on Rabu, 14 March 2018 09:06
 
Find us on Facebook
Follow Us