Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 04 January 2018 01:00

PENDAFTARAN PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA CHEMBONG BAGI SESI JANUARI 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 3 JANUARI 2018 Pendaftaran dan pengambilan para pelajar Sesi 1/2018 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong telah diadakan bertempat di Makmal Komputer dan Dewan Perdana Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong.

Sesi pendaftaran para pelajar pengambilan bagi Sesi 1/2018 ini telah direalisasikan dengan jayanya dengan penglibatan dan komitmen semua pihak yang terdiri daripada kakitangan Institut dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pendaftaran kemasukan pelajar ini telah dilaksanakan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Manakala Sesi taklimat Pengarah bersama ibubapa, sesi dialog serta bacaan ikrar penyerahan anak oleh penjaga kepada pihak Institut dalam usaha mengembleng tenaga dan mendidik para pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan berkemahiran, serta memiliki sahsiah yang unggul turut diadakan.

Pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong juga melaksanakan Program Minggu Paradigma kepada para pelajar baru Sesi 1/2018 berdasarkan objektif utama khususnya untuk memperkenalkan dan sebagai medium dalam memberi pendedahan serta menarik minat yang lebih mendalam para pelajar mengikuti kursus- kursus kemahiran di Institut ini berdasarkan konsep latihan kemahiran dan laluan kerjaya yang boleh diceburi oleh para pelajar dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Automotif dan Awam mengikut bidang kursus yang dipelajari sepanjang tempoh pengajian di IKTBN Chembong.

Selain itu, pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong juga mengadakan Program Minggu Paradigma Sesi 1/2018. Program ini akan dilaksanakan bermula pada 3 Januari 2017 sehingga 8 Januari 2017 dan pengambilan kedua adalah pada 16 Januari 2018 sehingga 19 Januari 2018 mengikut jadual yang ditetapkan, meliputi program Latihan dalam kumpulan, Ceramah, aktiviti kembara, persembahan showcase of talent dalam Bahasa Inggeris dan kerohanian melalui slot pengukuhan solat dapat membantu memupuk semangat kerjasama, berdisiplin dan berketerampilan di kalangan para pelajar selari dengan matlamat untuk melahirkan belia yang berkemahiran dan pemangkin Negara pada masa hadapan sesuai dengan transformasi Negara pada hari ini.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

1 

2

 

3

 

4

 

7

 

12

Read 6151 times Last modified on Khamis, 05 April 2018 15:36
 
Find us on Facebook
Follow Us