Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 13 January 2018 19:45

PAMERAN DAN PROMOSI IKTBN CHEMBONG DI NSK TRADE CITY S2

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEREMBAN, 13 JANUARI 2018 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan pameran di NSK Trade City Seremban 2.

Seawal jam 9.00 pagi Jawatankuasa Pameran dan Promosi IKTBN Chembong yang terdiri daripada 2 orang pegawai iaitu Cik Norina Arni Bt Ahmad Sobri dan Encik Jasnin Bin Amat telah membuka ‘booth’ pameran. Melalui pameran yang diadakan, pelajar-pelajar dapat diberi memberi maklumat yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan serta borang kemasukan untuk pengambilan sesi 1/2018 dilanjutkan sehingga 31 Januari 2018.

Selain itu, para pelajar dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pelajar untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka.

Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

1

 

2

 

3

 

5

 

6

Read 7590 times Last modified on Khamis, 31 May 2018 08:31
 
Find us on Facebook
Follow Us