Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 05 March 2018 11:52

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Written by
Rate this item
(1 Vote)

SERI ISKANDAR, 5 MAC 2018 –Surau Ibnu Sina telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada 3 Mac 2018 hari Sabtu baru-baru ini bertempat di Surau Ibnu Sina, IKBN Seri Iskandar. Program ini telah dikendalikan oleh Cawangan Pengurusan pelajar (CPP) yang diketuai oleh En. Jasalilawadi  Bin Jahi. Seramai lebih 150 orang muslimin dan muslimat telah mengambil bahagian dalam kursus ini.

            Kursus ini telah diadakan bertujuan untuk melatih dan memberi kefahaman secara terperinci kepada umat Islam tentang cara pengurusan jenazah yang betul jika berlaku kematian. Selain itu para peserta yang menyertai kursus ini berpeluang menambah ilmu pengetahuan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan pengurusan jenazah, kematian dan lain-lain hal yang berkaitan.

            Kursus ini telah bermula sekitar jam 8.30 pagi selepas menerima pendaftaran daripada para peserta. Antara pengisian program ini termasuklah pembentangan kertas kerja, latihan praktikal dan sesi soal jawab. Pembentangan kertas kerja pada sebelah pagi yang bertajuk Hukum dan Permasalahan Kematian telah disampaikan oleh Ustaz Nor Azam Ariff Bin Syaarani, Timbalan Pegawai Tadbir Agama Kampong Gajah dan turut dibantu Ustazah Terani Bt Junik, Guru KAFA Sekolah Agama Seri Iskandar.

Selepas itu, para peserta telah melakukan latihan praktikal penyediaan kain kapan , memandikan jenazah dan mengkafankan jenazah. Program telah tamat sepenuhnya sekitar jam 4.40 petang.

Read 4967 times
 
Find us on Facebook
Follow Us