Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 26 March 2018 11:57

PROGRAM IMPAK ILKBS@KOMUNITI KG. SUNGAI KOROK

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 26 MAC 2018 – Program Impak ILKBS@Komuniti adalah merupakan satu kongsep di mana penyumbangan balik tenaga kepakaran atau kemahiran pelajar-pelajar ILKBS kepada masyarakat awam / setempat yang melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kecil terhadap kemudahan fizikal awam dan menawarkan perkhidmatan kemahiran mengikut kesesuaian bidang atau kepakaran ILKBS.

Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) dengan kerjasama dengan penduduk kampong Sungai Korok telah mengadakan Program Impak ILKBS@Komuniti Kg. Sungai Korok pada 24 Mac 2018 jam 09.00 pagi bertempat di Kampong Sungai Korok. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Mohd Zaim Bin Hj. Abu Hassan, Ahli Parlimen Parit. Turut hadir sama En. Mohd Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan dan En. A. Raman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama pengajar serta para pelajar Jurusan Eektrik.

Di antara aturcara program pihak penganjur jalankan adalah Sukan Air, Gerai Pameran dan Konvoi Ziarah Pengagihan Kotak Bantuan kepada orang kampong. Selepas majlis perasmian dilakukan para tetamu dibawa ke gerai pameran serta membuat pelepasan peserta sukan air.

Selain itu, ada juga program penyelenggaraan dan pembaikan kecil kepada penduduk kampong telah diadakan di mana pelajar jurusan elektrik IKBN Seri Iskandar telah membuat penyelenggaraan kecil rumah yang terpilih seperti penggantian dan pemasangan baru kipas siling. Kerja-kerja ini telah dipantau dan dibantu oleh En. Mohd Faizee Bin Masstapar, Pengajar Elektrik

Read 4615 times
 
Find us on Facebook
Follow Us